Tuesday 18 February 2014

TERKINI!!! Erra: 'Saya mohon jangan tanya lagi'

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
18 Februari 2014

Erra Fazira
Erra Fazira (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini ditemani teman rapatnya, Umie Aida (kanan) . - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Sumber

TERKINI!!! Erra Fazira sah bercerai

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
18 Februari 2014

  • Erra Fazira (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama teman rapatnya, Umie Aida (kanan) . - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.      

Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.

Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.

Sumber

TERKINI!!! Sebutan kes cerai Nurul Izzah 11 Mac

SITI AZIELAH WAHI
18 Februari 2014

Nurul Izzah
Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes permohonan cerai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Ab Malik Awang dalam kamarnya yang dihadiri Raja Ahmad Shahrir dan peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak serta peguam plaintif, Normawaddah Ramli.

Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir semasa prosiding tersebut.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Nor Mawaddah berkata, pihak plaintif dan defendan masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

Peguam itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan pihak media namun mengulangi perkara sama ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan meneruskan penceraian atau sebaliknya.

Anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memfailkan cerai pada awal bulan lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984.

Nurul Izzah bernikah dengan kerabat Diraja Johor itu pada 9 Mei 2003 di mana hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.

Sumber

DENDAM!!! Lelaki ugut sebar gambar aib bekas isteri

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.

Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.

“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.

Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.

Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18

SUMBER

BONGKAR!!! Kopak pintu maksiat

Oleh Amir Abd Hamid



KAJANG: Polis memerlukan hampir setengah jam untuk memecahkan pintu sebuah pusat karaoke di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, di sini, yang menawarkan GRO serta pelacur warga asing, awal pagi tadi.

Dalam serbuan 11.30 malam dan berakhir kira-kira 2.30 pagi itu, polis menahan 14 GRO warga Vietnam berusia antara 18 dan 26 tahun yang dipercayai turut memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Pegawai Turus D7 Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Supritendan Rohan Shah Ahmad berkata, penjaga premis tiga tingkat dan diubahsuai dari empat lot kedai itu enggan membuka pintu hingga menyebabkan pihaknya terpaksa bertindak memecahkan pintu.
"Serbuan diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah bersama lima pegawai dan 18 anggota.
"Selepas pintu utama dapat dipecahkan, pemeriksaan lanjut di dalam premis mendapati 41 pelanggan berada di premis.
"Di tingkat satu dan tiga diubahsuai untuk karaoke manakala di tingkat dua premis didapati dijadikan tempat pelacuran untuk pelanggan yang mahukan khidmat ekstra. 
"Pusat karaoke berkenaan tidak mempunyai lesen dan kondom juga ditemui," katanya. 
Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang juga penjaga premis.

Katanya, premis dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran pihak berkuasa.
"Semua GRO warga asing ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18

Sumber

TAKZIAH!!! Kronologi Kematian ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu

Posted by  on February 17, 2014


Pada malam 14 februari 2014, kehilangan Wan Hariff Rafany Bin Wan Muda No Kad pengenalan 790518 11 5697 yang berjawatan sebagai ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah disedari oleh isterinya ( Norull Shazrina Bt Shafie ) semasa bangun pagi.

Beliau keluar seorang diri dari rumah dengan menggunakan sebuah kereta miliknya iaitu Audi DCH181 warna silver. Selepas 24 jam kehilangannya, Isteri Wan Hariff Rafany telah membuat report polis.
Siasatan telah dijalan oleh pihak polis dan kereta milik mangsa telah di temui di Belakang Pajabat SATU Daerah Hulu Terengganu pada 15 Februari 2014.  KLIK SINI

Dan pada jam 11.45 pagi seorang pemancing telah melihat objek terapung di dalam Sungai kampung Tanjin Kuala Berang lalu menghubungi pihak Polis dan Bomba.

Apabila Mayat Mangsa di bawa ke tebing sungai dan pemeriksaan awal telah dibuat, terdapat satu ikat anak kunci kereta milik mangsa didalam poket mangsa. Kunci tersebut jelas milik sebuah kerata Audi A4 milik ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Selepas itu mayat mangsa telah dibawa untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Mangsa meninggal 2 oranga anak yang berusia 4 tahun dan 6 tahun serta seorang isteri… Takziah kepada keluarga mangsa. Sekian.

AL-FATIHAH….




'KHIANAT' bukan penyebab Schumacher jatuh

18 Februari 2014

Schumacher
Schumacher

PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti  melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup.

Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC.

Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas  kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.

Penyiasat mendapati, batu yang menyebabkan beliau jatuh berada 10.4 meter (34 kaki) dari dari batu yang terhantuk di kepalanya.

Kedua-dua batu-batu lebih daripada 4 meter dari tepi trek ski itu.

Juara dunia tujuh kali itu ketika ini masih berada di hospital di Grenoble.

Jurucakap beliau berkata pada 30 Januari lalu, pasukan perubatan telah mengurangkan ubat pelali sebagai persiapan untuk membawanya keluar dari keadaan koma.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

Sumber

MASHAA ALLAH !!! Gadis 17 tahun derma RM44 juta kerana takutkan Allah



Riyadh: Seorang gadis berusia 17 tahun mendermakan SR50 juta (RM44 juta) kepada kegiatan kebajikan di Arab Saudi.

Gadis yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tempatan, jumlah itu suku daripada kekayaan yang diwarisi daripada bapanya.

Menurut laporan, gadis berkenaan pergi ke mahkamah di Riyadh dan mendermakan wang itu kepada kumpulan kebajikan yang terbabit dalam pembinaan masjid, membantu membebaskan tahanan yang terlibat dengan hutan, pembinaan sekolah, hospital dan aktiiviti lain.
“Saya digalakkan oleh ibu dan abang saya untuk menderma. Saya mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana takutkan Allah dan kerana sayangkan bapa saya,” katanya. - myMetro.
Sumber

BONGKAR!!! Mengapa kereta Proton murah di luar negara?

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Februari 2014

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?

SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?

Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.

Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

Sumber